Microsoft Office tawar harga istimewa

MASYARAKAT Malaysia hari ini boleh membeli perisian aplikasi Microsoft Office edisi Home & Student menerusi online dengan kadar istimewa dan memudahkan.

Penjual semula online, Wordware Distributors (www.wordware.com.my) kini menawarkan perisian buat pertama kalinya dan memilih Microsoft Office Home & Student sebagai pemula strategi jualan perisian.



Pengarah Pembangunan Perniagaan Serantaunya, Lawrence Wee, berkata pelanggan adalah aset paling penting kepada kami dan langkah ini adalah yang terbaik dapat kami tawarkan untuk kedua-dua buku Microsoft Press dan perisian berkaitan.

"Pengguna di Malaysia semakin bijak menggunakan teknologi, sementara belian secara online semakin berkembang dengan kadar yang amat menggalakkan. Dengan faktor itulah kami mengatur langkah strategik ini."

"Kami memilih Microsoft Office Home & Student Edition disebabkan permintaan tinggi dan sudah nampak ramai yang membelinya secara online," katanya.

Aplikasi produktiviti itu ditawarkan dengan harga istimewa RM262.14 merangkumi tiga lesen pengguna dan tiada yuran penghantaran dikenakan.

blogger templates | Make Money Online